00:00Korea Selatan merancang memperluas misi anti-lanun di perairan Somalia ke kawasan berhampiran Selat Hormuz.
00:08Susulan itu negara berkenaan menggerahkan aset ketenteraan tambahan termasuk pesawat perondaan maritim dan pasukan pemusnah bahan letupan EOD.
00:20Langkah itu bakal menandakan penglibatan pertama Korea Selatan di rantau yang dilanda konflik berkenaan selepas beberapa bulan mempertimbangkan peranannya dalam
00:30usaha antarabangsa,
00:31memastikan laluan perkapalan strategik itu kekal terbuka sejak perang antara AS dan Iran tercetus pada Februari.
00:39Seoul sebelum ini pada dasarnya menolak permintaan sekutunya Washington untuk memberikan sokongan ketenteraan dalam operasi menentang Tehran.
00:47Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat peringkat timbalan menteri itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan Parlimen mengikut Undang-Undang Korea Selatan berhubung
00:56penempatan tentera di luar negara atau peluasan misi sedia ada.
01:00Menurut pegawai, peluasan mandat unit Cheonghai yang kini beroperasi di Teluk Eden akan meliputi kawasan perairan lebih jauh ke timur
01:08laut hingga ke selatan Oman di Laut Arab.
01:10Peluasan yang dicadangkan ini akan menggandakan radius operasinya kepada kira-kira 1,930 km.
01:18Seoul juga akan mengerahkan pesawat rondaan maritim P-8A bagi menyokong kapal pemusnah yang menjalankan misi secara bergilir untuk mengiringi
01:27kapal dagang dan anak kapal laut melalui Laut Merah,
01:30serta memastikan keselamatan maritim di rantau itu.
01:33Kerajaan merancang mengemukakan usul pindaan mandat berkenaan kepada Perhimpunan Kebangsaan selepas mendapat persetujuan Kabinet minggu depan.