00:00Suruhanjaya Pilihan Raya SPR akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan pilihan raya negeri
00:08Sarawak ke-13 di sebuah hotel di Kuching.
00:11Mesyuarat akan dipengurusikan pengurusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, di jadual bermula 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan sejurus
00:18selesai mesyuarat berkenaan.
00:22Sidang media tersebut diadakan bagi mengumumkan tarikh penting PRN Sarawak termasuk tarikh Rit Pilihan Raya, Hari Penakman Calon dan Undi
00:31Awal, Hari Pengundian dan Tempoh Berkempen serta maklumat mengenai lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
00:39Pada 23 Oktober lalu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembubaran Dun Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober
00:47bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-13.
00:50Mandat semasa Dun Sarawak yang ketika ini mempunyai 82 kerusi berakhir pada Februari 2027.
00:57Pada PRN ke-12 yang diadakan 18 Disember 2021, GPS mendapat mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala
01:09Parti Sarawak Bersatu PSB memperoleh 4 kerusi dan DAP 2 kerusi.
01:15Bagaimanapun, dinamika politik negeri menyaksikan perubahan selepas PSB dibubarkan pada 2024 yang membawa kepada penyertaan tiga bekas Ahli Dewa Undangan
01:25Negeri Adun Parti itu ke dalam Parti Demokratik Progresif PDP, iaitu satu daripada komponen GPS.
01:33PRN kali ini dijangka menjadi medan penting bagi rakyat Sarawak memilih wakil rakyat baharu yang akan menerajui pentadbiran negeri bagi
01:41penggal akan datang.