Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Google mengaitkan operasi itu dengan Videostrong Technology Co., pengeluar peranti Android berpangkalan di Shenzhen, China, yang dipercayai menyembunyikan akses rahsia (backdoor) dalam perisian perantinya sejak peringkat pengeluaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 1.3 juta peranti set top box atau STB, kebanyakannya kotak Android TV, dikesan dijangkiti perisian hasad ataupun malware
00:11dan dijadikan sebahagian daripada botnet X-CPE iaitu rangkaian peranti yang boleh dikawal penjenayah saiber dari jauh tanpa pengetahuan pemiliknya.
00:22Google dilapor mengaitkan operasi itu dengan Video Strong Technology Co. Pengeluar peranti Android berpangkalan di Shenzhen, China yang dipercayai menyembunyikan
00:33akses rahsia dalam perisian perantinya sejak di peringkat pengeluaran.
00:39Selain kotak Android TV, mesin karaoke, peranti telekesihatan dan papan tanda digital turut terjejas.
00:47Peranti berkenaan didakwa disalahguna untuk penipuan iklan, mencuri maklumat dan menggunakan sambungan internet pengguna tanpa kebenaran bagi menyalurkan trafik pihak
00:58ketiga.
00:59Susulan penemuan itu, Google menamatkan kerjasama dengan Video Strong melarang syarikat berkenaan menghasilkan peranti Android yang diperakui Google.
01:08serta mengambil tindakan menutup pelayan yang mengawal botnet tersebut.

Recommended