Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
MITI memaklumkan fleksibiliti moratorium eksport REE mentah terhad kepada penyelidikan dan pembangunan. Syarikat berkaitan perlu menunjukkan komitmen kerjasama membangunkan fasiliti pemprosesan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun selepas kelulusan eksport.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan bersetuju memberikan fleksibiliti terhad terhadap moratorium ekspor bahan mentah unsur nadir bumi REE bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan sahaja.
00:10Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI maklumkan langkah itu bertujuan menarik pelabur berpotensi melalui garis panduan pertimbangan permohonan pengeksportan REE
00:19mentah.
00:21Syarikat terlibat perlu menunjukkan komitmen jelas terhadap kerjasama pembangunan fasiliti pemprosesan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kelulusan
00:30ekspor.
00:31Menurut MITI, pelabur kini agak keberatan untuk melabur kerana ketiadaan jaminan bekalan bahan mentah REE yang stabil dalam negara.
00:40Kementerian itu memberikan penjelasan dalam jawapan di Dewa Rakyat berhubung soalan Ahli Parlimen Setiu Syahri Zulkirnain Abdukadir.
00:48MITI berkata strategi kerajaan tertumpu kepada penarikan pelaburan untuk memperkukul industri REE pertengahan dan hiliran termasuk pembuatan magnet kekal, komponen
00:59elektronik dan bateri.
01:01Kerjasama strategik dan pemindahan teknologi turut diperlukan bagi membangunkan keupayaan tempatan daripada perlombongan hingga pembuatan produk akhir.

Recommended