00:00Kementerian Pendidikan Malaysia KPM bersedia mengaktifkan Ops Payong dan membuka bilik gerakan bagi menghadapi risiko banjir dan monsoon timur laut
00:08yang dijangka melanda beberapa negeri dalam tempoh terdekat.
00:12Menterinya Farlina Siddiq berkata, semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan membuat persiapan awal bagi memastikan keselamatan
00:20murid, guru dan warga sekolah.
00:24Menurutnya, KPM akan terus memantau situasi cuaca dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia,
00:33MAP Malaysia dan Agensi Pengurusan Penjara Negara, NADMA.
00:36Katanya, Ops Payong akan digerakkan bagi menyelaras tindakan di sekolah-sekolah yang berisiko terjejas akibat banjir atau cuaca buruk.
00:44Dalam masa sama, bilik gerakan KPM akan dibuka untuk menyelaras maklumat, memantau perkembangan dan memastikan tindakan pantas dapat diambil apabila
00:55diperlukan.
00:56Farlina berkata keselamatan murid dan warga sekolah kekal menjadi keutamaan kementerian sepanjang tempoh monsoon timur laut.
01:03Beliau turut menasihatkan pihak sekolah dan ibu bapa agar sentiasa peka terhadap arahan dan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh pihak
01:11berkuasa.
01:11KPM akan terus memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan selamat tanpa menjejaskan kebajikan murid.