00:00Kelemahan sistem pertahanan saiber yang menjejaskan rantai bekalan makanan di Eropah wajar dijadikan pengajaran dan penanda aras kepada Malaysia.
00:09Menurut penyarakanan Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putera Malaysia UPM Dr. Siti Nur Hayati Khairatun
00:18Muhammad Syarif,
00:19insiden di Eropah yang menyaksikan ribuan tan makanan segar rosak akibat gangguan saiber membuktikan bahawa keterjaminan makanan kini turut bergantung
00:28kepada tahap keselamatan digital.
00:32Katanya Malaysia kini giat melaksanakan Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 yang memberi tumpuan kepada pertanian pintar, automasi digital dan
00:42sistem logistik bersepadu.
00:44Tambahnya pelbagai kemudahan penting seperti pusat pengidara makanan, gudang simpanan sejuk, kompleks pemprosesan ternakan dan pelabuhan utama negara kini bergantung
00:54kepada sistem automasi digital.
00:56Justeru sebarang kegagalan atau serangan terhadap sistem tersebut berisiko menyebabkan gangguan besar terhadap bekalan makanan negara.
01:03Jelasnya, keadaan itu berupaya mencetuskan kekurangan bekalan, pembelian panik, peningkatan harga makanan dan menghakis keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan
01:14saiber negara.
01:15Sehubungan itu, rangkaian bekalan makanan perlu diiktiraf dan diperkukur secara menyeluruh di bawah skop infrastruktur maklumat kritikal negara NCII menerusi
01:25Akta Keselamatan Cyber 2024.
01:27Beliau menegaskan langkah kesiapsagaan perlu terus diberi keutamaan bagi mengelakkan kerugian besar kepada stok bekalan makanan meskipun tahap maran keselamatan
01:37saiber negara telah dipertingkatkan.
01:39Dalam pada itu, beliau berpandangan audit berkala terhadap sistem teknologi operasi gudang makanan dan latihan kesiapsagaan krisis agromakanan juga perlu
01:49diselaraskan,
01:50merentasi pelbagai agensi dan industri. Menurutnya, keterjaminan makanan pada masa kini bukan lagi bergantung kepada faktor cuaca dan tanah semata
01:59-mata tetapi turut berkait rapat dengan kekuatan infrastruktur saiber negara.
02:04Terima kasih telah menonton!