Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Lebih 6,000 tapak pembuangan sampah haram berjaya ditutup di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun lepas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 6,000 tapak pembuangan sampah haram ditutup di seluruh negara dalam tempoh 3 tahun lalu.
00:06Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ngakoming berkata,
00:09daripada jumlah itu, 3,600 tapak ditutup oleh Perpadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SWCorp tahun lalu
00:17menerusi operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pembuangan sampah secara haram.
00:24Tahun lepas sahaja, untuk SWCorp telah berjaya menutup 3,600 tapak pelupusan sampah haram.
00:35Bagi saya, ini bukan sahaja haram, tapi haram jadah.
00:39Kerana adalah sangat penting kita nak pastikan persekitaran alam sekitar negara kita dibela, dipertahankan.
00:48Untuk makluman semua, sekiranya mereka didapati terlibat dalam kegiatan aktiviti sindiket tapak sampah haram
00:57di mana dibawa Akta 672, mereka adalah sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara 5 tahun, denda RM100,000.
01:10Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,
01:15Roslan Hashim mengenai tindakan kementerian menanggani kegiatan pembuangan sampah haram
01:20termasuk di kawasan terpencil dan tanah persendirian
01:23serta perancangan menjadikan sisa sebagai sumber ekonomi.
01:27Sementara itu, menjawab soalan asal Ahli Parlimen Betong,
01:31Datuk Dr. Richard Rapu atau Aman Begri mengenai strategi jangka panjang
01:35terhadap tapak pelupusan terbuka kritikal, Ko Ming berkata,
01:39kerajaan menyasarkan pembinaan 18 loji sisa kepada tenaga WTI
01:44menjelang 2040 bagi mengurangkan kerbergantungan negara terhadap tapak pelupusan sampah.
01:51Beliau berkata, perancangan jangka panjang itu turut disokong oleh 16 stesen pemindahan sisa
01:56dan 10 tapak pelupusan sanitari selain usaha meningkatkan kadar kita semula kebangsaan
02:02kepada lebih 40% berbanding 37.9% ketika ini.

Recommended