00:00Kerajaan memutuskan untuk tidak mengekstradisi Dr. Zakir Naik ke India dan tidak memberi sebarang komitmen menyerahkan pendakwah terkenal itu kepada
00:08negara berkenaan.
00:10Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini tiada permohonan ekstradisi terbaru diterima daripada Kerajaan India berhubung
00:18perkara itu.
00:20Jelas beliau permohonan rasmi ekstradisi terhadap Zakir Naik sebelum ini diterima pada 19 Januari 2018.
00:28Katanya lagi, Kerajaan Malaysia turut menerima nota diplomatik daripada Kerajaan India pada 29 Mei 2020 yang memohon supaya permohonan ekstradisi
00:40berkenaan dipertimbangkan semula.
00:42Bagaimanapun Malaysia memutuskan untuk tidak mengekstradisi Zakir Naik ke India, justru tiada sebarang komitmen diberikan untuk mengekstradisi beliau.
00:52Saifuddin menjelaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hak Malaysia di bawah Artikel 6 Triti Ekstradisi yang ditandatangani bersama Kerajaan India pada
01:032010 serta peruntukkan di bawah Akta Ekstradisi 1992.
01:08Saifuddin menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Marzuk Syari, PN Pangkalan Cepa yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini permohonan
01:17ekstradisi Zakir Naik oleh Kerajaan India.
01:19Sebelum ini, Kerajaan digesa memperjelaskan status perundangan serta diplomatik bagi permohonan ekstradisi yang dipercayai dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
01:29Ibrahim dengan rakan sejawat dari India, Narendra Modi.
01:33Dr. Zakir Naik dikendaki India kerana dakwaan pengubahan wang haram dan menyampaikan ucapan berunsul kebencian.
01:40Terima kasih telah menonton!