00:00Iran menegaskan kesediaannya untuk terus mencari penyelesaian diplomatik dengan Amerika Syarikat.
00:06Menteri Luar Iran Abbas Harakci berkata, kejayaan sebarang lundingan kini bergantung kepada kesediaan dan pendekatan yang diambil oleh pihak Washington.
00:17Menurut Teheran, komunikasi antara Iran dan Amerika Syarikat bagi menamatkan konflik yang telah berlanjutan selama 8 bulan masih diteruskan.
00:25Bagaimanapun, siri rundingan yang berlangsung bersama pengantara Qatar dalam beberapa hari kebelakangan ini berakhir tanpa sebarang kejayaan besar walaupun cadangan
00:34baru telah dikemukakan dan diubah suai.
00:37Kenyataan itu dibuat ketika kebimbangan konflik berkenaan boleh kembali memuncak selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat yang berlangsung pada
00:453 November.
00:46Dalam masa sama, China dan Rusia turut menyuarakan bantahan terhadap kemungkinan tindakan ketenteraan baru yang boleh mengheret rantau Asia Barat
00:54ke dalam konflik lebih luas.
00:56Konflik itu turut menyumbang kepada ketegangan berterusan di Yemen dan menjejaskan kestabilan perdagangan antarabangsa serta pasaran tenaga dunia.
01:05Terima kasih telah menonton!