Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Pesuruhjaya Tenaga Eropah Dan Jorgensen memberi amaran harga minyak dan gas yang tinggi akan membebankan pengguna pada musim sejuk. Negara anggota turut mengulangi komitmen melepaskan kira-kira 42 juta tong minyak dalam beberapa bulan akan datang.
Transcript
00:00Kenaikan harga minyak dan gas dijangka menyukarkan sebahagian besar penduduk Kesatuan Eropah EU membayar bil tenaga pada musim sejuk ini.
00:08Bagaimanapun, peseruh jaya tenaga Eropah Dan Gauh Hansen berkata, beliau tidak menjangkakan kekurangan bekalan akan berlaku.
00:16Menurutnya, ketersediaan minyak dan gas di pasaran tidak banyak membantu pengguna sekiranya harganya kekal tinggi.
00:23Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Kesatuan Eropah di Lazenberg pada Kamis.
00:29E.R. Jensen berkata, negara anggota mengulangi komitmen untuk melepaskan kira-kira 42 juta tong minyak dalam beberapa bulan akan
00:37datang dengan separuh daripadanya merupakan diesel.
00:40Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan Kesatuan Eropah akan terus menyokong Ukraine dan tidak mahu kembali membeli gas Rusia.
00:47Beliau berkata, wang yang dibelanjakan Eropah untuk membeli gas Rusia telah membantu membiayai peperangan terhadap Ukraine.
00:54Mesyuarat itu telah membincangkan bantuan bagi membina semula dan melindungi sektor tenaga Ukraine menjelang musim sejuk yang mencabar.

Recommended