Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran pembelajaran tidak semestinya mempunyai masalah pembelajaran. Guru Pendidikan Khas, Siti Ainulmursyida Shamsudin atau Cikgu Ainul berkata, tindakan melabel mereka sebagai malas, lembap atau tidak pandai boleh menjejaskan keyakinan diri dan motivasi. Ibu bapa disaran memahami punca kesukaran anak serta mendapatkan penilaian profesional jika perlu.
Transcript
00:00Tindakan melabel kanak-kanak sebagai malas, lembab atau tidak pandai hanya kerana mereka lambat menguasai sesuatu kemahiran pembelajaran, boleh menjejaskan
00:10keyakinan diri serta motivasi untuk terus belajar.
00:13Guru pendidikan khas Siti Ainul Murshida Syamsudid berkata, setiap kanak-kanak mempunyai kadar perkembangan yang berbeza dan kelewatan untuk menguasai
00:23kemahiran membaca, menulis atau mengira tidak semestinya menunjukkan mereka mempunyai masalah pembelajaran.
00:32Menurutnya apabila kanak-kanak berulang kali gagal memenuhi jangkaan ibu bapa atau guru, kata-kata negatif yang diterima boleh menyebabkan
00:40mereka mula meragui kemampuan sendiri meskipun sudah berusaha.
00:44Tetapi apabila sampai dia berulang kali gagal, dia dah tak dapat nak memenuhi kita punya jangkaan kita sebagai ibu bapa
00:53ni ataupun jangkaan daripada guru dan lama-lamaan dia sendiri mungkin mula dia percaya bahawa dia sebenarnya memang tak mampu.
01:02Yang ni bila mana kita pun tidak memberi sokongan dari segi kata-kata yang positif kepada anak kita. Jadi akhirnya
01:08apa yang kita boleh nampak dia bukan sahaja berhadapan dengan satu kesukaran pembelajaran tetapi dia dah jadi satu kehilangan, dia
01:18hilang keyakinan diri dia untuk dia nak terus mencuba.
01:21Sedangkan selama ni dia dah berusaha tetapi apa yang dia dapat mungkin dalam tempoh yang lama usaha dia tu tak
01:29mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapa.
01:32Beliau berkata keadaan itu juga boleh menyebabkan kanak-kanak mengelak daripada menyiapkan tugasan, menjawab soalan atau mencuba perkara baru kerana
01:40takut melakukan kesilapan.
01:42Justeru ibu bapa dan guru disaran mengenal pasti punca sebenar kesukaran pembelajaran termasuk kemungkinan kaedah pengajaran yang tidak bersesuaian
01:50dengan tahap penguasaan seseorang murid.
01:53Cikgu Ainul turut menegaskan pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak perlu dilakukan secara menyeluruh merangkumi aspek komunikasi, tumpuan, ingatan, interaksi sosial
02:03dan pengurusan emosi bukan pencapaian akademik semata-mata.

Recommended