Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Ketibaan dua pesawat FA-50M pertama menjadi langkah penting dalam memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara menjelang pelupusan pesawat Hawk pada 2028.
Transcript
00:00Dua pesawat tempur ringan FA-50M pertama milik tentera udara diraja Malaysia TUDM tiba di Pengkalan Udara Labuan hari ini.
00:09Menteri Pertahanan Datuk Sri Khalid Nordin berkata, pesawat buatan Korea Aerospace Industry KRI itu diterbangkan dari Korea Selatan
00:17dengan majlis penyerahan rasmi dijarah berlangsung pada pertengahan November ini di Pengkalan Udara Kuantan.
00:24Perolehan keseluruhan 18 pesawat FA-50M itu dibuat susulan perancangan pelupusan pesawat Hawk TUDM pada 2028.
00:33TUDM dijangka menerima enam pesawat menjelang April 2027 manakala baki unit diserahkan pada awal 2028.
00:41Muhammad Khalid berkata, kerajaan turut mempertimbangkan perolehan kumpulan kedua pesawat pejuang yang lebih modern dan canggih
00:48namun negara asal bagi perolehan itu masih belum diputuskan.
00:52Sementara itu, seramai 57 anggota teras termasuk enam juruterbang telah menamatkan latihan di Korea Selatan
00:59sebagai persediaan mengendalikan pesawat berkenaan di bawah skuadran no.15 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan.
01:07Perolehan itu turut menyokong pelan pembangunan keupayaan TUDM-2055, CAP-55,
01:13dalam memastikan kesiapsiagaan dan keupayaan operasi pertahanan udara negara terus dipertingkatkan.

Recommended