00:00Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail berkenan menerima mengadap
00:05pengurusi lembaga pengarah Universiti LPU, Universiti Malaysia Perlis, Unimap yang baru.
00:12Tan Sri Syed Zainal Abidin, Syed Muhammad Tahir Jamalulail di bilik Tuanku Chancellor,
00:17bangunan Chancellor Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap.
00:22Syed Zainal Abidin dilantik sebagai pengurusi LPU Unimap
00:25bagi tempoh bermula 21 September 2026 hingga 20 September 2029.
00:33Pelantikan beliau diharap dapat memperkukuh takbir urus universiti,
00:37memperkasa hala tuju strategik institusi,
00:39serta menyokong usaha Unimap untuk terus berkembang sebagai universiti teknikal
00:44yang berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
00:48Tokoh korporat negara itu mempunyai pengalaman lebih 30 tahun
00:51dalam pelbagai sektor strategik termasuk otomotif, tenaga,
00:54pembuatan dan teknologi.
00:56Beliau juga berpengalaman menerusi transformasi organisasi,
00:59membangunkan kerjasama strategik, mengurus proses penggabungan
01:03dan pengambil alihan syarikat,
01:05serta mengembangkan perniagaan kepasaran antarabangsa.
01:08Pengalaman luas beliau dalam pengurusan operasi perniagaan global,
01:12pembangunan strategi korporat serta penerokaan,
01:15peluang pertumbuhan dalam industri berteknologi tinggi,
01:18dilihat mampu menyumbang kepada pengukuhan,
01:20jaringan kerjasama antara universiti dan industri.
01:23Antara pencapaian penting beliau ialah ketika menerajui
01:26Proton Holdings Berhad sebagai pengarah urusan kumpulan,
01:29apabila berjaya meningkatkan hasil syarikat daripada
01:31RM4.6 bilion kepada RM8.9 bilion.
01:36Dalam tempoh sama, jualan tahunan meningkat sebanyak 75%
01:39manakala rezab tunai syarikat berganda kepada RM1.3 bilion.
01:43Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap pengalaman dan kepakaran beliau
01:48dapat membantu Unimap memperluas hubungan strategik dengan sektor industri,
01:53meningkatkan keboleh pasaran graduan serta memperkukuh peranan universiti
01:57sebagai pemangkin pembangunan.
02:00Terima kasih.
02:01Terima kasih.
02:01Terima kasih.