Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Proses penyerahan kertas penamaan calon akan berlangsung esok (31 Oktober) dari jam 9 pagi hingga 10 pagi di semua 28 pusat yang telah ditetapkan.
Transcript
00:00Sebanyak 189 borang penamaan calon untuk pilihan raya negeri Melaka telah dibeli setakat malam tadi
00:06dengan 45 bakal calon sudah mengemukakan bayaran deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR.
00:13Pengurusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata jumlah itu menunjukkan 45 individu itu telah mengesahkan hasrat untuk bertanding dalam PRN
00:22kali ini.
00:25Berdasarkan maklumat yang kita ada, sehingga kini, sehingga kemalam semalam, sebanyak 189 borang telah pun dibeli oleh bakal-bakal calon
00:35dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 45 orang telah pun mengemukakan bayaran deposit.
00:41Maknanya dah confirm lah itu.
00:43Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua bakal-bakal calon kita untuk hadiah awal pada pagi besok
00:50ke semua pusat-pusat penamaan calon yang telah kita sediakan
00:54bagi memberi ruang untuk kita membuat semakan secara lebih terperinci
00:58bagi memastikan semua calon yang berhasrat untuk bertanding, berpeluang untuk bertanding.
01:03Kita tak mahu ada masalah-masalah yang mungkin menyebabkan seseorang itu tidak dapat bertanding atau sebagainya.
01:11Beliau ditemui selepas meninjau persiapan pusat penamaan calon PPC di Ballroom Stadium Hang Jebat, Paya Rumput pada Jumaat.
01:19Dalam perkembangan sama, Ramlan berkata persiapan di kesemua 28 PPC di seluruh Melaka
01:24berjalan lancar dan berada pada tahap siap sepenuhnya.
01:28Seramai 28 pegawai pengurus pilihan raya akan bertugas di pusat berkenaan
01:32dengan dibantu 80 penolong pegawai-pengurus serta pegawai-pegawai lain.
01:36Menurutnya, semua pegawai terbabit telah diberikan latihan secukupnya
01:39bagi memastikan proses penamaan calon berjalan teratur
01:43termasuk mereka yang pertama kali terlibat dalam pengendalian proses berkenaan.
01:47Tambahnya, SPR turut mengambil maklum sebarang kelemahan
01:51yang berlaku dalam proses pilihan raya sebelum ini
01:54bagi memastikan pengurusan penamaan calon di Melaka
01:57dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.
02:00Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia pula,
02:03Ramlan memaklumkan cuaca esok dijangka baik.
02:06Proses penyerahan kertas penamaan calon akan berlangsung esok
02:10dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Recommended