Skip to playerSkip to main content
Seramai 1588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah setakat September 2026.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sani berkata, ia meningkat berbanding 1,303 kes yang direkodkan sepanjang 2025.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802443/berita/nasional/1588-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara-berkaitan-dadah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #kesdadah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tuan Yang Di-Pertua, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini,
00:03Kederajaan sedang mengambil berat dan memantau
00:05kes-kes konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di luar negara,
00:10termasuk rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara.
00:13Setakat bulan September 2026,
00:16seramai 3,322 orang rakyat Malaysia
00:20telah ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan,
00:24di mana 1,588 daripadanya melibatkan kes berkaitan dadah.
00:30Jumlah warga negara Malaysia yang ditahan di luar negara
00:33atas kesalahan berkaitan dadah semakin meningkat
00:36dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini
00:39dengan 5 negara yang mencatatkan kes tertinggi adalah
00:42Indonesia, iaitu sebanyak 381,
00:46China, 380 orang,
00:49Singapura, 310 orang,
00:52Thailand, 102 orang,
00:54dan Jepun, 72 orang.
00:56dan juga kita mempunyai data-data yang komprehensif
01:00berkenaan tentang jumlah tahanan
01:03mengikut tahun,
01:04iaitu pada tahun 2024,
01:07seramai 1,181 orang rakyat Malaysia
01:11ditahan atas kesalahan dadah.
01:13Manakala tahun 2025,
01:151,303 orang yang ditahan atas kesalahan dadah
01:19dan juga berlaku peningkatan
01:21sebanyak 285 orang pada tahun 2026
01:24yang menjadikan jumlah tahanan
01:26sebanyak 1,588.
01:29Bagi kes-kes tahanan supamak ini,
01:32Kementerian Luar Negeri melalui
01:34Perwakilan Diplomatik Malaysia
01:36di luar negara akan membantu
01:38dalam memastikan hak dan kebajikan
01:40semua tahanan warga negara Malaysia
01:42di luar negara sentiasa terjaga.
01:44Tuan Yang Dipertua,
01:46Kementerian ini sedar mengenai isu
01:48keberkesanan tahap keselamatan
01:50semasa dipintu masuk dan keluar negara,
01:53terutamanya isu keberkesanan teknologi pengimbasan
01:57di lapangan terbang antarabangsa Malaysia.
01:59Ia susulan daripada beberapa kes
02:01yang dilaporkan di media antarabangsa
02:04mengenai penahanan
02:05warga negara Malaysia
02:06yang terlibat dengan kesalahan
02:08membawa masuk dadah
02:09ke negara asing melalui
02:11pelbagai mondes operandi
02:12seperti beg bagasi
02:14dan kasut yang telah diubah suai.
02:16Kementerian luar negeri percaya
02:18bahawa langkah-langkah sewajarnya
02:20telah diambil oleh Kementerian Dalam Negeri
02:23melalui agensi-agensi penguatkuasaan
02:26seperti Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia
02:29AKPS, Polis Diraja Malaysia PDRM
02:32dengan kerjasama Kementerian
02:34dan agensi dalam negara yang berkaitan
02:37bagi memastikan kes-kes Supamak ini
02:40tidak berulang
02:41dan menjadi perhatian media antarabangsa
02:44yang akan menjejaskan image negara.
02:46terima kasih.
02:49Terima kasih.
02:50terima kasih.
02:50Terima kasih.
02:50Terima kasih.
02:50Terima kasih.

Recommended