00:00Marvel Studios dan rakan seperjuangan memberikan penghormatan kepada Sir Patrick Stewart selepas bintang Star Trek dan X-Men itu meninggal
00:09dunia pada usia 86 tahun.
00:11Menerusi threats, Marvel menyifatkan Stewart sebagai bakat luar biasa yang menghidupkan watak Prof. Charles Xavier dengan keanggunan, kecerdasan dan nilai
00:21kemanusiaan.
00:24Studio itu berkata pelakonannya daripada X-Men hingga Logan dan Avengers Doomsday membentuk watak berkenaan untuk beberapa generasi peminat.
00:31Marvel turut menyampaikan takziah kepada isterinya Sunny, anak-anak, sahabat dan peminat di seluruh dunia.
00:38Rakan pelakonnya dalam X-Men, Hugh Jackman menyifatkan pemegian Stewart sebagai kehilangan seorang tokoh hebat pentas dan layar selain sahabat
00:45yang banyak mengajarnya.
00:46Pelakon Star Trek, William Shatner pula mengenang Stewart sebagai sahabat dan pelakon luar biasa yang membawa kecerdasan serta nilai kemanusiaan
00:54dalam setiap pelakonan.
00:55Stewart meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles pada Rabu.
00:59Beliau dikenali di seluruh dunia sebagai Kapten Jean-Luc Picard dalam Star Trek dan Prof. X dalam X-Men.