Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Belia digesa merebut peluang TVET dalam penyelenggaraan motosikal susulan permintaan tinggi terhadap tenaga mahir, termasuk dalam teknologi EV dan motosikal berkuasa tinggi serta sukan permotoran antarabangsa.
Transcript
00:00Baik, selanjutnya golongan belia disaran memanfaatkan peluang pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional atau TVET dalam bidang penyelenggaraan motosikal yang
00:09berpotensi menawarkan pendapatan yang lumayan khususnya untuk tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri permotoran.
00:16Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bidang kenaan mempunyai prospek kerjaya yang baik berikutan permintaan terhadap mekanik
00:23berkemahiran terutamanya dalam penyelenggaraan motosikal berkuasa tinggi.
00:28Zahid dan juga pengurusi majlis TVET negara berkata, kemahiran teknikal yang diperoleh menerusi latihan khusus dalam bidang TVET mampu memberikan
00:36kelebihan kepada belia untuk membina kerjaya dalam industri berkenaan, malah membuka peluang untuk terlibat dalam arena sukan permotoran antarabangsa.
00:44Dalam badan itu, beliau berkata latihan berkaitan teknologi motosikal elektrik atau EV dan motosikal konvensional turut diberi perhatian menerusi pembangunan
00:54Malaysia China Institute di Bagan Datuk yang bakal menyediakan pendidahan kepada teknologi dari China.
01:00Zahid sebelum itu meluangkan masa lebih dua jam bersama peminat sukan permotoran yang antara lain memberi peluang kepada pengunjung untuk
01:09beramah mesra dengan beliau dan menikmati pelbagai pengisian yang menggabungkan elemen sukan dan hiburan.
01:15Terima kasih telah menonton!

Recommended