00:00Selanjutnya, kos operasi yang semakin meningkat dan cabaran pemasaran menuntut usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana atau PMKS mencari pendekatan
00:09baru untuk mengembangkan perniagaan mereka.
00:12Menerusi forum SME Business Level Up, Maxis Business dengan kerjasama Astro menghimpunkan usahawan dan rakan industri untuk membantu mereka mendapatkan
00:21penyelesaian praktikal termasuk dalam aspek pendigitalan, pembiayaan dan pemasaran digital.
00:29Bagi pengarah segmen perusahaan kecil dan sederhana Maxis Business, Stephen Soon, forum itu menjadi platform untuk mendekati usahawan, memahami cabaran
00:38yang dihadapi dan mencari penyelesaian bersama rakan industri.
00:42Menurut beliau, inisiatif itu merupakan kesinambungan daripada program televisyen SME Great Helper, Business Level Up dengan tumpuan untuk memperluas sokongan
00:51kepada PMKS di Malaysia.
00:53Business Level Up ini adalah satu platform untuk kita daripada Maxis berdekatan dengan PKMS dan memahami cabaran mereka kemudian datang
01:06ke solusi bersama-sama.
01:08Dalam hari itu, pengasas dan pengarah eksekutif The Colony, Timothy Tiah berkata, kos perniagaan yang semakin meningkat menjadikan penggunaan teknologi
01:16seperti kecerdasan buatan AI satu peluang untuk membantu usahawan menjalankan operasi dengan lebih cekap.
01:23Beliau menjelaskan agen AI boleh membantu tugasan seperti jualan, penyelidikan dan perhubungan manakala penjenamaan peribadi menerusi media sosial, terut berpotensi
01:34membantu usahawan memperluaskan pasaran dan rangkaian perniagaan.
01:41Penggunaan AI ialah macam seorang di belakang satu komputer tahu, tapi orang itu AI.
01:49Jadi dia boleh buat apa-apa yang manusia boleh buat dengan telefon atau komputer.
01:55So that's why I think kalau ada job skop macam accounting lah, sales lah, research apa, AI agent boleh buat
02:05semua itu dengan sangat efisien dan kos efisien juga.
02:09Beliau ditemui selepas forum SMA Business Level Up di Kuala Lumpur yang menghimpunkan usahawan, penyedia perkhidmatan dan wakil agensi kerajaan.
02:18Antara pengisian forum berkenaan termasuk perkongsian berkaitan pendigitalan, pembiayaan e-dagang, pemasaran digital dan penggunaan AI untuk membantu PMKS meningkatkan
02:31daya saing.
02:31Forum ini dianjurkan dengan kerjasama Post Malaysia, Funding Society, IOT, SATA, TikTok Shop, AI Training, 2U, SJBP, INSKAN, Bank Muamalat,
02:44The Colony, Alha Alpha Cosmetic, The Raw, Nada IDTT dan Astro Awani.
02:51Seri seterusnya dijadwalkan berlangsung di Johor Bahru pada 19 November ini dengan pendaftaran masih dibuka.
03:01Terima kasih telah menonton!