Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Bank Dunia memberi amaran harga komoditi global dijangka meningkat sebanyak 23 peratus menjelang akhir 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bank Dunia memberi amaran harga komoditi global dijangka meningkat sebanyak 23% menjelang akhir 2026.
00:07Menerusi laporan tinjauan pasaran komoditi, Timbalan Ketua Pakai Ekonomi Bank Dunia,
00:12IHARCOS berkata ia didorong kenaikan harga tenaga susulan perang terhadap Iran
00:17serta peningkatan harga makanan akibat konflik global dan fenomena El Niño.
00:24Menurutnya, peningkatan kos tenaga dan gangguan perdagangan mendorong kenaikan harga pelbagai komoditi
00:30sekaligus berisiko memburukkan inflasi, ketidakjaminan makanan dan pertumbuhan ekonomi global.
00:36Harga makanan dijangka meningkat 10% pada 2026 dan 7% lagi pada 2027.
00:43Susulan gangguan bekalan bijirin akibat konflik, kesan fenomena El Niño serta kenaikan harga bahan api dan baja.
00:50Sementara itu, harga tenaga diunjurkan meningkat 32% tahun ini sebelum kembali sederhana pada 2027
00:58dengan andaian konflik di Iran dan Ukraine tidak semakin meruncing.
01:04Bank Dunia turut memberi amaran gabungan fenomena El Niño yang ekstrim,
01:09gangguan penghantaran bijirin di Laut Hitam dan lonjakan harga tenaga boleh mencetuskan krisis makanan global.
01:16Dalam sinario buruk, harga minyak mentah Brent dijangka mencatatkan purata $105 Amerika setung pada 2027.
01:26Manakala harga komoditi makanan boleh meningkat 12% melebihi unjuran asas
01:32sekaligus mengatasi paras yang direkodkan pada 2022.
01:38Bekalan minyak global pula dijangka merosot 5.2% pada 2026, penurunan terbesar dalam tempoh lebih 4 dekad di luar
01:48pandemik COVID-19.
01:50Susulan konflik di Asia Barat serta Perang Rusia dengan Ukraine.
01:53Bank Dunia memaklumkan pihaknya telah menyalurkan bantuan kejemasan berjumlah $8.7 bilion kepada negara yang terjejas sejak perang terhadap Iran
02:04bermula.
02:06Unjuran terbaru itu menunjukkan prospek harga makanan, tenaga dan komoditi global jauh lebih tinggi
02:13berbanding ramalan Bank Dunia pada April lalu.
02:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended