00:00Tekanan kos pengeluaran yang berterusan berpotensi mendorong pengeluar menaikkan harga jualan bagi menampung perbelanjaan operasi.
00:07MBSB Investment Bank Berhad, MBSBIB menerusi nota penyelidikannya memaklumkan keadaan itu sekaligus meningkatkan risiko tekanan harga merebak terhadap barangan pengguna
00:18terpilih dalam tempoh akan datang.
00:23Menurut bank pelaburan itu, tekanan inflasi di peringkat awal rantaian pengeluaran masih ketara.
00:28Ia didorong kenaikan harga dalam sektor pelombongan dan petrolium, susulan gangguan bekalan yang berkaitan dengan konflik berterusan di Asia Barat.
00:36Tambahnya, kenaikan indeks harga pengeluar IHPR Malaysia sebanyak 12% pada September merupakan peningkatan terpantas sejak November 2021, menunjukkan tekanan
00:47kos masih meningkat di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.
00:50Selain itu, ujarnya IHPR turut meningkat 1.6% pada asas bulanan pada September berbanding kenaikan 1% pada Ogos
01:01mencerminkan momentum kenaikan harga yang semakin ketara di sepanjang rantaian pengeluaran.
01:07Tekanan harga ketika ini bagaimanapun masih banyak dipacu faktor penawaran dan bukannya permintaan dengan pertumbuhan harga dalam sektor pertanian dan
01:17utiliti menunjukkan penyederhanaan.
01:19Jelas MBSBIB, perkembangan harga minyak mentah global, keadaan rantaian bekalan serta risiko geopolitik di Asia Barat akan terus menjadi faktor
01:29utama yang mempengaruhi kos pengeluaran negara.