00:00Syarikat pengeluar Robotik China, Unit 3 Robotics mencatatkan peningkatan keuntungan bersih berjumlah 270.54% bagi tempoh 9 bulan pertama
00:102026 berbanding tempoh sama tahun lalu meskipun keuntungan bagi suku ketiga merosot.
00:17Dalam laporan kewangan pertamanya, sejak disenaraikan di bursa saham, syarikat itu merekodkan keuntungan bersih kira-kira 387 juta yuan bersamaan
00:2857.6 juta dolar Amerika dengan hasil meningkat 55.71% kepada 1.817 bilion yuan.
00:40Bagi suku ketiga, hasil Unit 3 meningkat 69.93% kepada kira-kira 665 juta yuan.
00:49Bagaimanapun keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham merosot 17.37% kepada kira-kira 113 juta yuan.
00:57Menurut syarikat itu, peningkatan keuntungan bagi tempoh 9 bulan sebahagiannya didorong pertumbuhan hasil serta perbelanjaan pampasan berasaskan saham yang besar
01:08tahun sebelumnya.
01:09Namun keuntungan bersih selepas mengecualikan item bukan berulang susut 18.78% bagi tempoh sama.
01:16Dalam perkembangan berkaitan, pelaburan Unit 3 dalam penyelidikan dan pembangunan R&D melonjak 191.48% dalam tempoh 9 bulan
01:27pertama 2026.
01:28Peningkatan itu mencerminkan perbelanjaan lebih tinggi bagi pembangunan model kecerdasan buatan AI, sumber pengkomputeran, peluasan pasukan penyelidikan serta pembangunan produk
01:39baru.
01:40Unit 3 mula disenaraikan di pasaran star bursa saham Shanghai pada 19 Ogos lalu.
01:47selamat menikmati.