Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Pertumbuhan rantau Asia Pasifik dijangka menyederhana daripada 4.4 peratus pada 2025 kepada 4.3 peratus pada 2026 dan seterusnya 3.7 peratus pada 2027.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertumbuhan rantau Asia Pasifik dijangka menyederhana daripada 4.4% pada 2025 kepada 4.3% pada 2026 dan seterusnya
00:123.7% pada 2027.
00:16Menurut Moody's Analytics, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Malaysia akan mencatat pertumbuhan lebih pantas pada 2026 berbanding 2025.
00:27Firma penarafan antarabangsa menerusi laporannya memaklumkan Taiwan, Singapura dan Malaysia akan mengatasi pertumbuhan dicatatkan China tahun ini.
00:37Begitu juga dengan India, Vietnam dan Indonesia.
00:42Moody's Analytics turut menekankan faktor seperti kenaikan harga dan dasar monitori lebih ketat susulan krisis di Asia Barat.
00:51Boleh menjejaskan permintaan domestik, mengurangkan perbelanjaan isi rumah serta memberi tekanan kepada pelaburan dalam sektor pembuatan tradisional dan perkhidmatan.
01:00Pada masa sama, harga minyak kini menghampiri paras tertinggi pada April yang hanya memberi tekanan terhadap perbelanjaan pengguna di seluruh
01:09dunia.
01:09Bagi negara-negara Asia yang juga pengimport tenaga, keadaan itu akan menyebabkan terma perdagangan menjadi kurang menarik atau menguntungkan manakala
01:19inflasi keseluruhan meningkat dan mendorong tekanan terhadap subsidi fiskal kerajaan.
01:25Bagaimanapun, ekonomi yang mempunyai integrasi mendalam bagi rantaian bekalan kecerdasan buatan AI akan mencatat prestasi berbeza berbanding tren secara menyeluruh.
01:35Dalam badai itu, Moody's Analytics berkata risiko penularan krisis Asia Barat itu diburukkan lagi oleh fenomena El Nino yang diunjur
01:44mendorong kemungkinan berlakunya kejutan harga tenaga dan makanan secara serentak.
01:51Bagi rantaian Asia, keadaan itu akan menjadikan inflasi berpanjangan, mengurangkan kuasa beli isi rumah selain tekanan lebih ketara untuk bank
01:59pusat bertindak mengetatkan dasar sedia ada.

Recommended