Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah pada 3.75 hingga 4 peratus meskipun ekonomi terus berkembang. Inflasi yang masih tinggi dan ketidaktentuan global kekal menjadi pertimbangan dasar monetari.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rizal Persekutuan Amerika Syarikat mengekalkan kadar faedah penanda aras pada paras 3.75 hingga 4% pada Rabu, kurang seminggu
00:10sebelum pilihan raya pertengahan penggal 2026.
00:13Dalam satu kenyataan, Jawatan Kuasa Pasaran Terbuka Persekutuan FOMC memaklumkan, aktiviti ekonomi negara itu terus berkembang pada kadar kukuh disokong
00:22perbelanjaan domestik yang berdaya tahan, pertumbuhan produktiviti yang tinggi serta pelaburan modal yang teguh.
00:28Pasaran pekerjaan juga kekal stabil dengan pertambahan pekerjaan seiring pertumbuhan tenaga kerja dan kadar pengangguran tidak banyak berubah.
00:37Bagaimanapun, tekanan infasi masih tinggi manakala ketidaktentuan ekonomi terus meningkat, sebahagiannya disebabkan perkembangan geopolitik.
00:46FOMC berkata keputusan mengekalkan kadar faedah itu dibuat bagi menyokong mandat bergandanya termasuk memastikan kestabilan harga.
00:54Jawatan Kuasa itu turut menegaskan komitmen untuk mengekalkan wizab yang mencukupi dalam sistem perbankan sambil menilai perkembangan ekonomi dan maklumat
01:03baharu bagi menentukan pendirian dasar monitori yang bersesuaian.

Recommended