00:00Pesakit di Pantai Timur Sabah kini berpeluang mendapatkan diagnosis penyakit menerusi pemeriksaan tisu dengan lebih cepat.
00:08Susulan pembukaan perkhidmatan patologi anatomik di Hospital Tawau.
00:13Kemudahan pertama seumpamanya di Pantai Timur Sabah itu dilengkapi peralatan terkini dan kepakaran khusus.
00:20Sekaligus membantu mempercepatkan proses diagnosis termasuk bagi pesakit yang disyaki menghidap kanser.
00:28Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan, Datuk Dr. Muhammad Azman Yaakob berkata,
00:34kewujudan kemudahan itu membolehkan pemeriksaan histopatologi dilakukan di Hospital Tawau tanpa perlu menghantar sampel pesakit ke Kota Kinabalu atau Kuala
00:43Lumpur.
00:43Menurutnya, keputusan pemeriksaan tisu penting bagi menentukan jenis penyakit dan membantu pakar perubatan merancang rawatan bersesuaian khususnya bagi pesakit kanser.
00:54Dengan adanya rawatan ataupun diagnostik tisu ini, pakar-pakar kita boleh memberi rawatan yang sangat spesifik atau kita kenali sebagai
01:03target kimoterapi untuk mereka mendapat rawatan.
01:07Jadi, dengan wujudnya makmal itu di Tawau ini, apa yang kita harapkan adalah pesakit-pesakit di negeri Sabah, terutama di
01:14daerah Tawau ini, di pantai timur Sabah ini, akan mendapat tisu diagnosis yang segera.
01:19Tidak perlu lagi hantar sampel itu ke Kuala Lumpur contohnya ataupun ke QE di Kota Kinabalu.
01:26Ini semua akan mengambil masa untuk pesakit-pesakit kita untuk mendapatkan rawatan.
01:32Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan perikmatan patologi anatomik di Hospital Tawau pada Khamis.
01:40Dr. Mohd Azman berkata, kemudahan itu turut disokong dua pakar patologi bersama pegawai perubatan dan juru teknologi makmal bagi memastikan
01:47pemeriksaan dapat dijalankan dengan berkesan.
01:50Katanya, gabungan peralatan moden dan kepakaran berkenaan penting bagi memastikan diagnosis dibuat dengan tepat sekaligus membantu pakar menentukan rawatan khusus
02:00mengikut jenis penyakit yang dialami pesakit.
02:02Bagi pesakit kanser, pengesahan jenis ketumbuhan melalui pemeriksaan tisu dapat membantu pakar merancang rawatan bersesuaian termasuk kemoterapi mengikut keperluan pesakit.