00:00Seterusnya, Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia AKPS Rantau Panjang memerlukan tambahan anggota bagi mengoptimumkan kawalan di Kompleks Immigration, Custom,
00:09Quarantine dan Keselamatan ICQS berikutan perikatan jumlah pengembara serta keperluan operasi dua shift.
00:16Menurut komandanya, Siti Khadijah Hamzah, ketika ini hanya 14 pegawai bagi satu shift ditempatkan untuk menjalankan pemeriksaan immigration di Kompleks
00:25berkenaan dan jumlah itu masih belum mencukupi.
00:30Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan data serta keperluan perjawatan kepada ibu pejabat AKPS untuk tindakan selanjutnya termasuk permohonan kepada Jabatan
00:39Perkhidmatan AWAP.
00:40Siti Khadijah berkata AKPS sebagai agensi baharu juga sedang melalui proses penstrukturan semula perjawatan di pintu-pintu masuk utama negara
00:48bagi memastikan setiap pintu masuk mempunyai kekuatan anggota yang bersesuaian dengan tahap operasi masing-masing.
00:53Dalam hari itu, Siti Khadijah berkata kekurangan anggota bukan puncak utama kesesakan kerana semua kaunter akan dibuka ketika waktu puncak,
01:00sebaliknya kesesakan lebih banyak dipengaruhi oleh kekangan prasarana serta aliran masuk ke kompleks.
01:06Media sebelum ini melaporkan kesesakan di kompleks ICQS rantau panjang bukan disebabkan oleh kekurangan kaunter pemeriksaan tetapi berpunca daripada hanya
01:14satu laluan masuk dan keluar serta gangguan sistem pada waktu tertentu.
01:18Kesemua 12 kaunter pemeriksaan iaitu 6 kaunter masuk dan 6 kaunter keluar dibuka sepenuhnya terutama pada waktu puncak bagi memastikan
01:25pergerakan pengembara dapat diproses dengan sebaik mungkin.