Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Rangkuman korporat hari ini menyoroti S P Setia dan Gentari yang meneroka penyediaan kemudahan pengecas EV, Iskandar Malaysia Studios yang menyumbang lebih RM1.3 bilion kepada ekonomi Johor, serta West River yang meraih subkontrak RM17.5 juta bagi projek logistik di Selangor.

Category

🗞
News
Transcript
00:00SP Setia Berhad dan Jentari Green Mobility Senua Berhad memetrai mengerenda persepahaman MOU
00:05bagi meneroka kerjasama dalam penyelesaian tenaga bersih dan mobiliti hijau
00:09termasuk penyediaan kemudahan pengecas kenderaan elektrik EV di pembangunan terpilih Setia.
00:15Menerusi kerjasama itu, kedua pihak akan menilai lokasi, keboleh laksanaan,
00:20pemasangan, operasi dan penyelenggaraan kemudahan pengecasan EV
00:24selain meneroka kerjasama penyelenggaraan lain dalam sektor tenaga bersih dan mobiliti hijau.
00:30SP Setia melihat penyediaan akses pengecasan EV yang lebih mudah
00:34sebagai langkah praktikal untuk mempercepat peralihan kepada mobiliti hijau
00:38mengurangkan kebergantungan terhadap petrol serta pelepasan kenderaan.
00:43Jentari pula melihat kerjasama itu sebagai langkah memperluas akses kepada infrastruktur pengecasan EV
00:48dengan mengintegrasikan kemudahan berkenaan dalam pembangunan Setia
00:52sekaligus menjadikan penggunaan kenderaan elektrik lebih praktikal dan mudah bagi penduduk serta pengunjung.
01:00Iskandar Malaysia Studios, IMS menyumbang lebih 1.3 bilion ringgit
01:04kepada ekonomi Johor sejak mula beroperasi pada 2014
01:08menerusi lebih 120 projek termasuk film, serial televisyen dan produksi antarabangsa.
01:14Bagi 2026, nilai produksi di IMS dianggarkan menjejah 100 juta ringgit
01:20dengan kira-kira 60% projek terdiri daripada produksi luar negara
01:24khususnya dari Amerika Syarikat, Singapura dan China.
01:28IMS turut memperluas penggunaan kejejasan buatan AI, produksi maya dan teknologi paparan LED
01:34bagi meningkatkan keupayaannya menarik lebih banyak produksi antarabangsa.
01:37Penggunaan produksi maya meningkat kepada lebih 8 projek tahun ini
01:42berbanding lebih 6 projek pada 2025.
01:45Dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang,
01:49IMS menyasarkan nilai produksi sekurang-kurangnya RM150 juta setahun
01:53disokong insentif film di Malaysia FIMI,
01:56penggunaan set baru dan teknologi terkini
01:58bagi memperkukur potensi Johor sebagai hub produksi serantau.
02:04West River Berhad memperoleh subkontrak bernilai RM17.5 juta
02:08bagi kerja sistem elektrik, keselamatan dan panel solar
02:12di e-Metro Logistics Park Bandar Bukit Raja 2, Selangor.
02:16Subkontrak yang dianugerahkan Al-Ambia Seneberhad kepada anak syarikat
02:19milik penuh West River itu merangkumi pembekalan,
02:23pemasangan, pengujian dan pentahulian sistem elektrik
02:26Walton amat rendah, telekomunikasi, keselamatan serta panel solar.
02:30Projek bergenaan merupakan sebahagian penggunaan parsel
02:34Metro Hub 3 di e-Metro Logistics Park
02:36melibatkan kemudahan gudang dua tingkat dalam dua fasa
02:40dengan kontrak utama dijadwalkan siap menjelang 22 September 2027.
02:45Kontrak itu dicangka mengukuhkan portfolio West River
02:48dalam segmen infrastruktur perindustrian dan logistik
02:51selain memperluas rekod prestasinya dalam penyelesaian elektrik,
02:55Walton amat rendah dan tenaga bolibaharu.

Recommended