Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Akses kepada penjagaan kesihatan asas perlu lebih dekat dengan komuniti. MPS mencadangkan farmasi komuniti disertakan dalam program SARA bagi membolehkan penerima membeli ubat-ubatan dan produk kesihatan dengan lebih mudah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persatuan Farmasi Malaysia MPS mencadangkan supaya program sumbangan asas rahmah atau SARA diperluas kepada farmasi komuniti yang layak di seluruh
00:09negara menerusi Belanjawan 2027.
00:12Cadangan itu bertujuan meningkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan, produk kesihatan asas dan hikmat nasihat profesional penjagaan kesihatan.
00:22Menurut MPS, peluasan program itu akan membolehkan penerima yang layak menggunakan bantuan SARA untuk membeli ubat-ubatan, produk kesihatan yang
00:31diluluskan serta barangan keperluan lain di farmasi komuniti yang mengambil bahagian.
00:36Persatuan itu menjelaskan cadangan berkenaan disokong oleh dapatan tinjauan Ipsos melibatkan seribu penerima SARA.
00:42Hasil tinjauan menunjukkan 92% responden mahu farmasi komuniti yang layak dimasukkan dalam rangkaian premis yang menerima bantuan kerajaan tersebut.
00:53MPS turut memaklumkan masih wujud isu akses dalam kalangan penerima apabila 59% responden melaporkan mereka tidak dapat menggunakan peruntukan
01:02SARA di premis pilihan sepanjang tahun lalu.
01:05Antara faktor yang dikenalpasti termasuk premis pilihan tidak menerima pembayaran SARA, produk yang ingin dibeli tidak berada dalam senarai kelayakan
01:13serta gangguan pada sistem pembayaran.
01:16Selain itu, hampir separuh daripada responden yang menyatakan terdapat barangan keperluan harian yang tidak disenaraikan di bawah program berkenaan turut
01:24mengenalpasti ubat-ubatan dan produk kesihatan sebagai antara keperluan utama mereka.
01:28Menurut MPS, penyertaan Farmasi Komuniti dalam rangkaian SARA dapat membantu merapatkan jurang akses terhadap produk penjagaan kesihatan asas, khususnya di
01:38peringkat komuniti.
01:40Persatuan itu berpandangan Farmasi Komuniti bukan sekadar menyediakan saluran peruncitan tambahan, malah menawarkan akses kepada ahli farmasi berdaftar yang boleh
01:50memberikan nasihat mengenai penggunaan ubat dan produk kesihatan secara selamat serta berkesan.
01:54MPS menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan bagi membangunkan mekanisme yang sesuai untuk membelikan Farmasi Komuniti menyertai
02:05program SARA pada masa hadapan.

Recommended