Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
MPT4 merupakan instrumen pentaksiran baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai tahap penguasaan murid dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, selain Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi SJK.
Transcript
00:00Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 atau MPT-4 Instrumen Pentaksiran Baharu yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan
00:09Malaysia KPM.
00:10Bagi ibu bapa, perhatian kini diberikan kepada bagaimana anak menyesuaikan diri dengan kaedah pentaksiran baharu itu.
00:21Sebagai instrumen pentaksiran baharu, pelaksanaannya turut menjadi perhatian ibu bapa khususnya bagi kesediaan anak-anak untuk menghadapinya.
00:40Bagi ibu bapa, pentaksiran bukan semata-mata mengenai pencapaian akademik. Sebaliknya, mereka mahu anak dapat melalui proses pembelajaran dan pentaksiran
00:49baharu tanpa tekanan yang berlebihan.
00:52MPT-4 merupakan instrumen pentaksiran baharu yang diperkenalkan KPM bagi menilai tahap penguasaan murid dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik
01:02dan Sains selain bahasa Cina dan bahasa Tamil bagi SJK.
01:07Bagi ibu bapa, tahun 4 bukan hanya fasa baru untuk anak, tetapi sebagai ibu bapa, mereka perlu terus memberikan sokongan
01:16untuk pembelajaran anak di rumah.
01:18Yasmin Natasha untuk Estro Awal ini.

Recommended