Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
KDN memaklumkan penghantaran pulang pelarian Myanmar dibuat secara sukarela selepas melalui saringan identiti, kesihatan dan keselamatan, selaras kerjasama dua hala bagi mengurus migrasi tidak teratur serta mengurangkan tekanan di depot tahanan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesemua pelarian warga negara Myanmar yang terlibat dalam program penghantaran pulang fasa pertama di Lumut Perak pada 29 September lepas
00:08telah melalui proses saringan rapi dan verifikasi sebelum dihantar pulang secara sukarela, selamat dan bermaruah.
00:15Kementerian Dalam Negeri KDN memaklumkan proses menyeluruh itu merangkumi pengenal pastian dan pengesahan kewarganegaraan, dokumentasi pemeriksaan kesihatan serta semakan identiti.
00:28Menurut KDN, senarai nama setiap individu berkenaan disahkan oleh kerajaan Myanmar dan dikemukakan kepada Malaysia menerusi nota diplomatik bertarih 13
00:37Ogos lepas sebelum disusuli dengan penyelarasan rapi dari aspek keselamatan, logistik serta urusan penerimaan di negara asal.
00:44KDN dalam dokumen soalan lazim FAQ tentang program berkenaan turut menjelaskan program berkenaan ialah sebahagian daripada pendekatan kerajaan untuk menangani
00:53migrasi tidak teratur dan pendatang tanpa izin menerusi penguatkuasa undang-undang, pengurusan tahanan serta penghantaran pulang ke negara asal secara
01:01tersusun, selamat dan bertanggungjawab.
01:04Langkah itu menurut KDN berupaya memindikkan tempoh penahanan yang tidak perlu sekaligus melegakan tekanan terhadap kapasiti dan kos operasi depo
01:12tahanan imigresen.
01:13KDN maklumkan jumlah tahanan yang tinggi dan tempoh penahanan yang panjang memberikan tekanan kepada kapasiti depo selain menyebabkan kerajaan menanggung
01:22perbelanjaan yang besar.
01:23Sebenarnya program penghantaran pulang tersebut dirangka sebagai inisiatif kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Myanmar bagi melaksanakan penghantaran pulang tahanan
01:31warga negara itu yang berada di negara ini secara berperingkat.
Comments

Recommended