00:00Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mengumumkan pelan raya umum awal pada 29 November ini dalam usaha mendapatkan mandat lebih kukuh
00:07selepas Parlimen yang berpecah menolak dekri utama kerajaan berkaitan perumahan minggu lalu.
00:13Keputusan itu dibuat ketika kerajaan Sanchez berdepan tekanan politik domestik susulan beberapa kemunduran dan kontroversi meskipun beliau mendapat perhatian antarabangsa
00:21kerana pendiriannya terhadap isu progresif termasuk menyokong penubuhan negara Palestine.
00:29Langkah mengadakan pelan raya awal itu bagaimanapun membawa risiko kepada Parti Sosyalis Pimpinan Sanchez yang ketinggalan dalam beberapa tinjauan pendapat.
00:37Kedudukan Sanchez sebelum ini mendapat sokongan susulan cadangan kerajaan menangani krisis perumahan yang semakin meruncing namun langkah berkenaan ditolak Ahli
00:44Parlimen berhaluan kanan pada Jumaat lalu.
00:46Penolakan itu turut mencetuskan perancangan untuk mengadakan lebih banyak demonstrasi awam berkaitan isu perumahan.
00:51Pilihan raya berkenaan bakal menentukan kelansungan kerajaan berhaluan kiri Pimpinan Sanchez ketika Parti Berhaluan Kanan jauh semakin mendapat sokongan di
00:59beberapa negara Eropah.
01:01Dijauan berdapat menunjukkan Parti Rakyat yang berhaluan konservatif berpotensi membentuk kerajaan dengan sokongan Vox, sebuah parti berhaluan kanan jauh.
01:09Sekiranya gabungan itu terbentuk, Vox berpotensi menyertai kerajaan pusat Spanyol buat kali pertama sejak negara itu kembali kepada sistem demokrasi
01:17selepas kematian diktator Francisco Franco.
01:19Terima kasih telah menonton!