Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Pemain gantian Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62, sekali gus memastikan skuad kendalian ketua jurulatih sementara Tan Cheng Hoe menamatkan kempen di tempat ketiga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia menamatkan penantian 12 tahun untuk menewaskan Vietnam selepas mencatat kemenangan 1-0 pada aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN
00:09FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno GBK di Jakarta pada Isnin.
00:14Pemain gantian Fergus Tierney muncul wira harimau Malaya apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62.
00:24Ia sekaligus memastikan skuad kendalian Ketua Jurulatih Sementara Tan Cheng Ho menamatkan kempen di tempat ketiga.
00:32Kemenangan itu cukup bermakna buat Malaysia yang kali terakhir menewaskan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2014.
00:41Tierney yang dibawa masuk menggantikan Bergson da Silva tidak mengambil masa lama untuk mencipta impak apabila menerima hantaran manual Hidalgo
00:49sebelum melakukan pusingan pantas dan melepaskan rimbatan deras ke gawang sekaligus meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-62.
00:58Ahmad Syihan bersama benting pertahanan negara kemudian berhempas pulas mempertahankan kelebihan itu termasuk menafikan percubaan Lipan Tanlong pada penghujung permainan
01:08sekaligus memastikan Malaysia menamatkan kejohanan tanpa bolos.
01:12Kemenangan itu turut membolehkan Harimau Malaya menutup kempen dengan nota positif selepas terlepas tipis peluang mara ke final
01:19berdasarkan jumlah jaringan biarpun berkongsi mata dan perbezaan gol dengan Tuan Rumah Indonesia dalam kumpulan A Divisien 1.
01:28yang menerima kasih telah menonton!
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended