00:00Zetrix AI Berhad tidak pernah dilantik untuk mengutip caruman majikan atau pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
00:10Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso menegaskan syarikat itu hanya dilantik sebagai ejen bagi membantu aktiviti pemasaran dan promosi untuk memperluas penyertaan
00:20dalam skim lindung kendiri dan lindung kasih.
00:25Dalam satu kenyataan, Perkeso memaklumkan Zetrix AI Berhad tidak pernah mengutip sebarang caruman keselamatan sosial bagi pihak agensi itu.
00:34Justeru tidak timbul isu caruman tertunggak lewat diserahkan atau masih berada dalam pegangan syarikat tersebut.
00:41Perkeso menegaskan Zetrix dan mana-mana pihak ketiga tidak terlibat dalam pengurusan kutipan caruman majikan atau pekerja.
00:49Sebaliknya, pelantikan ejen luar hanya melibatkan skim lindungan kendiri dan lindungan kasih yang bersifat sukarela.
00:56Menurut Perkeso, pendekatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperluas capaian pelindungan keselamatan sosial kepada pekerja sendiri serta suri rumah yang
01:06layak.
01:07Jelas Perkeso, pelantikan ejen tidak dibuat secara automatik. Sebaliknya, setiap syarikat perlu memenuhi syarat operasi, sistem dan pematuhan yang ditetapkan.
01:16Pelantikan boleh ditamatkan sekiranya ejen didapati tidak aktif atau gagal menjalankan sebarang urusan dalam tempoh yang ditetapkan.
01:26Perkeso turut menegaskan sebarang isu melibatkan urusan Zetrix dengan pihak atau agensi lain adalah di luar bidang kuasanya.