00:00Sebarang isu berkaitan keselamatan di sekolah tidak seharusnya disembunyikan untuk menjaga nama baik kerana tindakan itu boleh menyukarkan usaha polis
00:07menangani sesuatu kejadian.
00:10Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Khalid Ismail, hubungan rapat antara polis dan pihak sekolah perlu diperkukuh bagi memastikan
00:17sebarang perkara yang berlaku dapat disampaikan kepada polis untuk tindakan lanjut.
00:23Katanya kadangkala mungkin ada tindakan cuba menyembunyikan isu-isu bagi menjaga nama baik pihak tertentu.
00:30Tetapi beliau percaya hubungan ini jika dapat dipertingkatkan dan dieratkan, dapat membantu menyelesaikan masalah.
00:37Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran buku panduan jururunding PDRM di Mes Pegawai PDRM Bukit Aman pada Isnin.
00:45Muhammad Khalid berkata keselamatan di sekolah tanggungjawab bersama melibatkan PDRM, pihak sekolah, Kementerian Pendidikan dan Ibu Bapa, termasuk pegawai perhubungan
00:53sekolah yang sentiasa mengadakan lawatan dan berhubung dengan pihak berkuasa sekolah.
00:57Mengulas kes kematian pelajar berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yongping, Johor, beliau berkata masih ada perkara yang belum
01:03dapat dipastikan dan polis perlu menjalankan siasatan menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan dibuat berhubung punca kejadian.
01:10Jelasnya PDRM turut bekerjasama dengan pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG dalam memperkukuh langkah keselamatan termasuk cadangan
01:20pemasangan kamera lita tertutup CCTV selain peningkatan rendaan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK serta hubungan antara polis
01:30dan pihak sekolah.
01:31Terima kasih.
01:32Terima kasih.