Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memperkenalkan aplikasi JAKIM Touch yang menghimpunkan pelbagai maklumat, panduan dan perkhidmatan hal ehwal Islam dalam satu platform digital bagi memudahkan akses masyarakat kepada rujukan agama.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jakim Touch, aplikasi digital sehenti diperkenalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim
00:06bagi menghimpunkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan berkaitan hal ehwal Islam.
00:12Inisiatif itu bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan rujukan agama
00:16melalui satu platform yang lebih pantas dan mesra pengguna.
00:21Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hassan berkata
00:26Jakim Touch menggabungkan pelbagai fungsi teras Jakim dalam satu aplikasi.
00:31Antara kemudahan disediakan termasuk rujukan Al-Quran, hadis, penentuan arah Qiblat,
00:37waktu solat, maklumat halal, panduan ibadah dan hukum hakam Islam.
00:42Menurut beliau, aplikasi itu dibangunkan bagi memudahkan masyarakat mengakses maklumat
00:48dan perkhidmatan agama secara lebih menyeluruh.
00:50Jakim Touch turut menawarkan ciri digital modern seperti Smart Al-Quran dan AI Chatbot.
00:57Teknologi itu membolehkan pengguna mendapatkan jawapan dan maklumat berkaitan agama secara masa nyata.
01:03Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli turut memaklumkan pengenalan aplikasi iSign atau iSign Islami
01:10iaitu aplikasi muda ahli pertama di dunia yang menyediakan glosari istilah Islam
01:15dalam versi bahasa isyarat Malaysia.
01:18Inisiatif itu khusus untuk membantu komuniti orang kurang upaya pendengaran
01:23mendapatkan akses yang lebih mudah kepada ilmu dan istilah berkaitan Islam.

Recommended