Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pencerobohan tanah tanpa kebenaran tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan perancangan negara, kepentingan rakyat serta kelestarian alam sekitar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebarang bentuk pencerobohan tanah tanpa kebenaran tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan perancangan negara dan kepentingan rakyat.
00:09Perdana Menteri Datuk Suri Anwar Ibrahim berkata, amalan tata kelola yang baik perlu terus dipertahankan dengan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
00:20Katanya menerusi hantaran di Facebook, isu pencerobohan tanah perlu ditangani secara tegas bagi memastikan pengurusan tanah negara dapat dilaksanakan dengan
00:30teratur dan berintegriti.
00:32Beliau berkata sebarang isu dibangkitkan oleh pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan perlu ditangani dengan segera.
00:41Langkah itu penting bagi memastikan maklumat yang tepat dan telus dapat disampaikan kepada masyarakat secara menyeluruh.
00:48Tegas Anwar dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, urus takbir tanah tidak boleh lagi hanya bertumpu kepada keuntungan ekonomi atau pembangunan
00:57fizikal semata-mata.
00:59Sebaliknya perlu dilaksanakan secara berhemah dan terancang bagi mengurangkan risiko terhadap kelestarian alam sekitar.
01:06Anwar menegaskan kerajaan akan terus memastikan setiap inisiatif berkaitan pengurusan tanah dilaksanakan secara bertanggungjawab.

Recommended