00:00Implikasi daripada konflik di Asia Barat yang mengganggu bekalan komoditi global dan laluan perdagangan strategik ke atas kestabilan kewangan Malaysia
00:08masih terkawal.
00:10Bank Negara Malaysia BNM berkata konflik itu menjadi antara punca utama risiko terhadap prospek ekonomi dan kewangan global.
00:20Ia menurung kenaikan kos tenaga, logistik serta input lain disamping meningkatkan tekanan penawaran dan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global.
00:30Menurut laporan Beyond Oil from Geopolitical Conflik to Financial Stability Risk yang diterbitkan di laman web BNM, bagi Malaysia, kesan
00:39limpahan mungkin ketara memandangkan tahap integrasi ekonomi yang tinggi dengan pasaran perdagangan dan kewangan global.
00:46Menurut BNM, pendedahan sistem kewangan Malaysia terhadap krisis Asia Barat adalah terhad dengan kesannya adalah melalui ekonomi sebenar dan pasaran
00:55kewangan global dan bukannya melalui pendedahan kredit atau pembiayaan secara langsung.
01:02Kejutan akibat konflik tersebut tidak berlaku secara terpencil, sebaliknya seiring dengan perkembangan ekonomi dan kewangan global yang lain.
01:10Menurut BNM, keadaan perniagaan kekal stabil disokong oleh permintaan dalam negeri yang berterusan, ekspor kukuh elektrik dan elektronik serta aktiviti
01:20rancak pelaburan.
01:21Terima kasih.
01:23Terima kasih.