Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan parti itu tidak pernah melakukan perbuatan tikam belakang demi kepentingan politik, sebaliknya sentiasa menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan dalam mengulas kemelut politik di Negeri Sembilan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00DAP menegaskan parti itu tidak pernah melakukan perbuatan tikam belakang demi kepentingan politik dan akan terus menjunjung prinsip raja berperlembagaan.
00:10Setiusah agungnya Anthony Lok berkata tindakan pihak tertentu mempersoalkan pendirian DAP dalam isu kemelut politik Negeri Sembilan hanyalah cubaan mengalihkan
00:19perhatian daripada isu sebenar.
00:25Menerusi hantaran di Facebook, Anthony berkata Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Shaari telah mengubah fokus perbahasan daripada isu pokok yang
00:33sedang diperkatakan.
00:35Menurut beliau, isu sebenar adalah berkaitan tindakan 10 eksko kerajaan negeri yang telah mengangkat sumpah taat setia di hadapan Yang
00:43Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir pada 7 Ogos lalu.
00:49Katanya, eksko terbabit kemudian membuat keputusan untuk mengesahkan proklamasi menurun takta Tuanku pada 16 September 2026.
00:58Beliau membangkitkan persoalan mengapa mereka sanggup mengangkat sumpah taat setia bagi membentuk kerajaan negeri jika tidak mengiktiraf kedudukan Tuanku.
01:08Sebelum ini, Ahmad Fadli mempertikai sama ada DAP akan menerima sekiranya eksko di negeri lain dipecat oleh raja tanpa kelulusan
01:16pihak eksekutif.
01:18Beliau perpandangan tafsiran terhadap peraturan berkenaan perlu dilaksanakan secara konsisten dan bukan hanya dalam konteks negeri sembilan.

Recommended