00:00Malaysia kini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara bagi menghadapi ketidaktentuan global yang semakin mencabar.
00:08Menurut pengurusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, fokus ekonomi negara kini beralih daripada mengejar kecekapan
00:17semata-mata kepada usaha membina daya tahan yang lebih kukuh.
00:22Beliau berkata Malaysia masih mampu mencatat pertumbuhan yang mengatasi unjuran meskipun berdepan cabaran ekonomi global.
00:30Tengku Zafrul menjelaskan bahawa pembaharuan fiskal seperti rasionalisasi subsidi bahan api dan akta tanggungjawab fiskal telah memperkukuh kedudukan kewangan awam
00:39negara.
00:40Beliau turut menegaskan keperluan meningkatkan gaji seiring produktiviti, mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi dan merancakkan keusahawanan.
00:49Menurutnya perkembangan kecerdasan buatan AI sedang mengubah corak pekerjaan dan memerlukan tenaga kerja muda untuk menyusahkan diri dengan keperluan baru
00:58pasaran.
00:58Tengku Zafrul berkata aliran pelaburan yang masuk ke negara perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan berkualiti, peningkatan kemahiran dan pengukuhan perusahaan
01:08kecil dan sederhana.