00:00Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari Bahrain dan bersedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri Dato' Suri Anwar Ibrahim.
00:09Dalam hantaran di PlatformX pada Sabtu, Anwar berkata kerjasama itu merangkumi bidang kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan
00:20buatan AI, keselamatan saiber dan pembuatan pintar.
00:26Kata Anwar langkah itu seiring aspirasi ekonomi madani dan wawasan ekonomi Bahrain 2030.
00:32Perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman bin Ahmad Al-Khalifah
00:40yang melakukan kunjungan ke Malaysia sempena acara Formula 1 F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
00:48Kata Anwar, syarikat Malaysia bersedia memanfaatkan Bahrain sebagai pintu masuk ke pasaran majlis kerjasama teluk GCC demi kemakmuran dan kesejahteraan
00:57rakyat kedua-dua negara.
00:59Kedua-dua pemimpin turut memanfaatkan pertemuan untuk membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia dan Bahrain.
01:06Ia termasuk mempercepat rundingan pegawai kanan bagi menggerakkan jawatan kuasa bersama, peringkat tinggi serta memacu agenda dua hala secara strategik.
01:15Anwar turut menzahirkan penghargaan atas sokongan Bahrain dan Persekutuan Automobil Antarabangsa FIA yang membolehkan perlombaan F1 kembali ke Sepang buat
01:25kali pertama sejak 2017.