00:00Dua individu maut selepas kereta Perodua Beza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis
00:08Mitsubishi Triton di Jalan Sibu Durin pada Sabtu petang.
00:12Menurut Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Sarawak, mangsa yang maut dikenali sebagai Julaihi Raduan, 52 tahun dan Marliza Saleh,
00:2149 tahun.
00:22Kedua-dua mangsa ditemukan tersepit dan tidak sedarkan diri di dalam kereta Perodua Beza. Pihak Bomber menerima panggilan kecemasan pada
00:30jam 4.15 petang dan enam anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Sibu Jaya tiba di lokasi tujuh minit kemudian.
00:38Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.
00:45Mitsubishi Triton yang turut terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan membawa lima individu termasuk tiga kanak-kanak.
00:52Seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan ringan manakala seorang lelaki berusia 45 tahun dan tiga kanak-kanak berusia 4,
01:007 dan 10 tahun dilaporkan selamat.
01:03Punca kemalangan masih dalam siasatan.