Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Penerbangan flydubai menuju Israel bertukar cemas apabila seorang pembantu juruterbang didakwa cuba merampas kawalan pesawat dengan menyerang juruterbang utama menggunakan kapak kecemasan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pejabat Peguam Negara Amerika Harap Bersatu UAE pada Sabtu
00:03mendedahkan pembantu juruterbang penerbangan Fly Dubai FZ-1073
00:08yang dalam perjalanan ke Israel cuba melakukan serangan pengganas
00:13semasa penerbangan itu.
00:15Peguam Negara UAE Hamad Saif Al-Syamsi berkata
00:18siasatan awal ke atas insiden itu menemukan tindakan pembantu juruterbang
00:23adalah cubaan melakukan keganasan.
00:28Kenyataan Peguam Negara UAE itu merupakan yang pertama
00:31daripada pihak berkuasa UAE yang menyifatkan insiden tersebut
00:35sebagai cubaan serangan pengganas.
00:38Satu sumber memberitahu Reuters bahawa pembantu juruterbang tersebut
00:42dikenalpasti sebagai Hamam Al-Hamami, seorang warga Oman.
00:46Manakala sumber kedua yang dimaklumkan mengenai siasatan
00:49turut mengesahkan nama pembantu juruterbang itu.
00:52Pihak berkuasa UAE tidak memberikan respons segera
00:56terhadap permintaan Reuters untuk mengesahkan identiti itu.
00:59Walaupun pihak berkuasa Emiriyah tidak mendedahkan
01:02identiti pembantu juruterbang itu secara terbuka,
01:05pegawai Israel sebelum ini menyatakan beliau merupakan warga Oman.
01:09Pihak berkuasa UAE itu menyatakan bahawa pembantu juruterbang tersebut
01:13menyerang juruterbang di dalam kokpit menggunakan kapak kecemasan
01:17dan cuba mengambil alih kawalan pesawat.
01:20Kapak kecemasan biasanya disimpan di dalam kokpit
01:23untuk digunakan semasa kecemasan seperti nahas.
01:26Beliau menambah siasatan yang diketuai UAE sedang dijalankan
01:30bagi menentukan karan sebenar insiden, motif dan sebarang kaitan
01:34serta untuk meneliti bukti fizikal dan digital.

Recommended