Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kerajaan Argentina pimpinan Presiden Javier Milei pada Jumaat mengumumkan negara itu akan menawarkan kewarganegaraan kepada warga asing yang melabur sekurang-kurangnya 350 ribu dolar Amerika Syarikat atau 1.4 juta ringgit di negara berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Argentina pimpinan Presiden Javier Milley pada Jumaat mengumumkan negara itu akan menawarkan kewarganegaraan kepada warga asing yang melabur sekurang
00:10-kurangnya $350,000 AS di negara itu.
00:14Program kewarganegaraan melalui pelaburan yang diumumkan sempena Minggu Argentina di Paris menawarkan dua mekanisme mudah dan telus untuk memperoleh pasport
00:24Argentina.
00:29Antaranya dengan menyalurkan sumbangan terus kepada perbendaharaan negara atau pelanggan bon kerajaan khas bernilai $800,000 AS.
00:38Kementerian Ekonomi Negara itu turut menegaskan setiap pelaburan akan melalui proses tapisan ketat bagi memastikan ketelusan sumber dana.
00:46Bagaimanapun, sebahagian penganalisis mempertikai keberkesanan skim tersebut dan berpandangan ia boleh menimbulkan risiko keselamatan jika proses semakan tidak dilaksanakan secara
00:58menyeluruh.
00:58Pada masa sama, pelabur global turut dilihat masih berhati-hati untuk menilai sama ada pemulihan ekonomi Argentina mampu kekal mampan
01:07dalam tempoh jangka panjang.
01:09Menurut OECD, Argentina masih ketinggalan berbanding Brazil dan Meksiko dari segi penerimaan pelaburan langsung asing.
01:17Terima kasih kerana menonton!

Recommended