Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Misi diplomatik Amerika Syarikat dan Australia di Brazil menggantung perkhidmatan konsular serta menutup premis susulan ancaman keselamatan menjelang pilihan raya presiden.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Misi Diplomatik Amerika Syarikat dan Australia di Brazil menggantung operasi perkhidmatan secara bersemuka serta menutup fasiliti masing-masing susulan kebimbangan
00:10terhadap faktor keselamatan.
00:12Langkah berjaga-jaga itu diambil hanya dua hari sebelum Brazil melangsungkan pusingan pertama pilihan rakyat umum dan presiden negara berkenaan
00:20pada ahad.
00:23Menerusi satu notis rasmi fasiliti diplomatik Washington di seluruh Brazil termasuk kerutaan di Brasilia serta konsulat di Sao Paulo, Rio
00:31de Janeiro, Porto Alegre dan Recife
00:34mengesahkan penggantungan perkhidmatan konsulat bersemuka sehingga kesatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
00:41Penggantungan operasi itu turut melibatkan pemprosesan serta pengeluaran visa kepada orang awam di kesemua pejabat perwakilan terbabit.
00:49Susulan ancaman tersebut polis tentera tempatan bertindak memperketat kawalan keselamatan dengan mengerahkan anggota tambahan di sekitar premis kerutaan AS di
00:58Ibu Negara, Brasilia.
01:01Langkah kawalan ketat turut dilaksanakan di sekitar bangunan konsulat jeneral AS di Sao Paulo dengan penutupan beberapa laluan dan kawasan
01:09persekitaran.
01:10Dalam perkembangan sama kerutaan Australia di Brasilia turut mengumumkan penutupan operasi atas pertimbangan faktor keselamatan.
01:17Pihak perwakilan Australia turut mengeluarkan peringatan perjalanan kepada rakyatnya di Brazil agar mengelak daripada mengunjungi mana-mana fasiliti diplomatik AS
01:26atau berada di kawasan berhampiran.
01:30Penutupan serentak itu mencerminkan kebimbangan keselamatan yang memuncak menjelang berlangsungnya proses pengundian pusingan pertama pilihan raya Presiden Brazil hujung minggu
01:39ini.
01:39Pihak perwakilan

Recommended