00:00Baik bercakap mengenai anak muda, jom kita fokuskan satu aspek yang cukup-cukup penting untuk kelompok ini.
00:06Kalau kita lihat data terkini dosam, secara keseluruhannya pendapatan rakyat Malaysia memang meningkat.
00:11Namun ada satu perkara yang perlu diberi perhatian khususnya bagi golongan muda berusia 25 hingga 29 tahun.
00:19Kalau kita lihat, pada 2019 median gaji kumpulan ini ialah 2,206.
00:27Tetapi pada 2024, angka itu turun kepada RM2,095 iaitu penurunan kira-kira 5%.
00:37Ini bermakna selepas pandemik COVID-19, median gaji golongan 25 hingga 29 tahun masih lebih rendah berbanding sebelum pandemik.
00:48Pada 2025 pula, median gaji warga negara meningkat 5.3% kepada RM2,940.
00:59Daripada RM2,793 pada tahun sebelumnya, purata gaji turut meningkat 4.1% kepada RM3,803 berbanding RM3,652 naik
01:154.1%.
01:17Namun apabila dilihat mengikut tahap kemahiran pula, median gaji pekerja mahir ialah RM5,057 berbanding RM2,223 bagi pekerja separuh
01:31mahir dan RM1,758 bagi pekerja berkemahiran rendah.
01:38Dan ini penting untuk anda perhatikan juga, pekerja separuh mahir ini membentuk 55.6% tenaga kerja.
01:48Dan kalau kita lihat bagi golongan bawah 20 tahun pula, median gaji ialah RM1,700.
01:56Naik 13.3% tetapi paling rendah antara kumpulan umur.
02:01Tapi meningkat paling tinggi sebenarnya kalau kita lihat kepada kenaikan 13.3% ini.
02:07Jadi gambaran besarnya ialah gaji rakyat Malaysia memang meningkat tetapi negara masih berdepan cabaran menyediakan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi.
02:17Sebab itu apabila timbul disahkan supaya belanjawan 2027 minggu depan ini memberi lebih tumpuan kepada isu gaji, persoalannya bukan sekadar
02:26bantuan.
02:27Tetapi bagaimana untuk kita pastikan rakyat mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik dan juga mampu meningkatkan taraf hidup secara
02:36berterusan.
02:36Jadi persoalannya politik atau naik gaji?
02:39Saya selaku anak muda pastinya memilih kenaikan gaji.