00:00Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Malaysia pada Sabtu bagi lawatan khas sempena perlumbaan Formula 1 F1 Grand
00:07Prix Gulf Air Bahrain 2026 di lita antarabangsa Sepang SIC.
00:12Pesawat khas membawa Baginda bersama delegasi Brunei termasuk Putera Abdul Martin Bolkiah selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara di Raja
00:21Malaysia di Subang pada jam 4.28 petang.
00:27Ketibaan Baginda disambut Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Hajj Sultan Ibrahim Serta Menteri Belia dan Suka Dr. Muhammad
00:36Taufik Johari.
00:38Baginda kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan melibatkan dua pegawai dan 26 anggota pangkat-pangkat lain daripada Batalion Pertama Regimen Askar
00:47Melayu di Raja diketuai Kapten Wan Amir Syafiq Wan Zamri.
00:52SIC menjadi lokasi penganjuran GP Bahrain 2026 yang bermula Jumaat dan berlangsung hingga Ahad ini.
00:59Penganjuran itu dipersetujui Formula 1 Persekutuan Automobil Antarabangsa FIA serta Kerajaan Malaysia dan Bahrain bagi memastikan GP Bahrain kekal dalam
01:10kalender F1 2026 selepas dibatalkan pada awal musim susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
01:18Kembalinya perlombaan berprestij itu ke Malaysia adalah hasil kejayaan diplomasi antara Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan Raja Bahrain
01:26Raja Hamad Isa Al-Khalifah.
01:29Malaysia sebelum ini menganjurkan GP Malaysia di Sepang dari 1999 hingga 2017.
01:352017.