Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Memasuki Ulang Tahun ke-59 pada 1 Oktober, SPRM terus memperkasa usaha membanteras rasuah menerusi lima teras utama.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sempena ulang tahun ke-59 penubuhannya, Surajaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM terus memperkasa usaha memban teras rasuah
00:08menerusi lima teras utama seiring perubahan landscape jenayah rasuah yang semakin kompleks.
00:14Ketua Pesuruh Jaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, perubahan landscape jenayah rasuah itu menuntut institusi itu
00:20untuk terus melakukan transformasi dan menyesuaikan pendekatan agar kekala relevan.
00:25Pelbagai cabaran, perubahan dan juga evolusi dalam usaha kita membenteras gejala rasuah
00:34serta memperkukuhkan lagi integriti serta tata kelola.
00:39Dalam tempoh tersebut, landscape jenayah rasuah telah berubah dengan ketara
00:45daripada mudah kepada susah dan juga kepada lebih kompleks serta sophisticated.
00:52Justru, SPRM perlulah terus berkembang, melakukan transformasi dan juga menyesuaikan pendekatan
01:02agar ianya sentiasa relevan dalam menghadapi cabaran terbaru.
01:10Seiring perubahan itu, SPRM menggariskan lima teras utama sebagai landasan halutuju institusi
01:17iaitu integriti tanpa kompromi, penguatkuasaan yang adil dan saksama,
01:22pencegahan yang proaktif, penerapan teknologi dan ketelusan serta kepercayaan rakyat.
01:28Usaha pencegahan diperkasa dengan mengenal pasti kelemahan sistem dan prosedur lebih awal
01:33manakala pendekatan Intelligent Based Investigation IBI turut digunakan bagi membolehkan siasatan dilakukan secara lebih proaktif.
01:42Pada masa sama, Abdul Halim menekankan teknologi termasuk kecerdasan buatan AI dan analitik data
01:48dimanfaatkan bagi mengesan anomali, menjejak aliran kewangan serta mengenal pasti hubungan berkaitan kes rasuah.
01:55Kepercayaan rakyat
01:59Kekuatan sebuah institusi itu bukan hanya diukur melalui jumlah kes yang disiasat atau tindakan yang diambil
02:06tetapi turut bergantung kepada sejauh mana institusi itu mampu mengekalkan integriti, profesionalisme dan keyakinan rakyat terhadap SPRM.
02:19SPRM akan terus memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat mengenal, mengenai usaha, penguatkuasaan, pencegahan dan juga pendidikan anti-rasuah.
02:31SPRM menuju detik 60 tahun yang akan disambut tahun hadapan menerusi sambutan Jubli Intan sekaligus menadakan satu lagi fasa dalam
02:40perjalanan institusi itu dalam memerangi rasuah.

Recommended