Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan perluasan Subsidi Pengangkutan Awam Selangor RM30 Sebulan kepada perkhidmatan KTM Komuter. Inisiatif di bawah Pakej Daya Tahan Selangor itu menyediakan 50,000 kuota kepada pengundi berdaftar Selangor bagi membantu mengurangkan kos perjalanan harian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Selangor mengumumkan peluasan subsidi pengangkutan awam Selangor RM30 sebulan kepada perkhidmatan KTM Komuter berkuatkuasa serta merta.
00:10Eskop Laburan Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Zi Han berkata, langkah itu bertujuan memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna pengangkutan
00:18awam di negeri berkenaan.
00:23Menurut beliau, lebih 90% menerima subsidi sebelum ini memilih Rapid KL On Demand.
00:28Kolongan berusia 26 hingga 35 tahun menjadi pengguna terbesar mewakili 35% daripada keseluruhan penerima.
00:36Peluasan subsidi itu dilaksanakan melalui pakej daya tahan Selangor iaitu inisiatif yang bertujuan membantu mengurangkan kos tarai hidup rakyat.
00:44Antara lain ia tertumpu kepada pekerja dan pelajar yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari.
00:49Program berkenaan diuruskan oleh Rantaian Mesra Serembrahat RMSB, syarikat milik Menteri Besar Selangor Pemabadanan,
00:57dengan kerjasama penyedia perkhidmatan, pengangkutan dan platform pembayaran digital.
01:02Pelaksananya akan diteruskan sehingga Desember 2026.
01:06Menurut kenyataan itu, sebanyak 50,000 kuota disediakan di bawah skim subsidi tambang tersebut.
01:11Kelayakan pemohonan terbuka kepada pengundi berdaftar di Selangor dan penentuan kelayakan dibuat berdasarkan status pendaftaran pengundi.
01:20Subsidi itu boleh digunakan untuk perjalanan melibatkan KTM Komite Sektor Lembah Kelang, KTM Komite Sektor Utara dan Perkhidmatan Shuttle Selatan.
01:29Pemohon yang layak perlu membuat pemohonan melalui aplikasi Nine dan memilih KTM Komite sebagai mod pengangkutan pilihan.
01:36Setelah pemohonan diluluskan, subsidi bernilai RM30 sebulan akan dikreditkan secara otomatik ke dalam e-Dompet Nine pengguna.
01:44Pengguna turut boleh membeli tiket atau pas perjalanan melalui aplikasi KTMB Mobile atau KitStyle dengan memilih Nine sebagai kaedah pembayaran.
01:53Terima kasih kerana menonton!

Recommended