00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menggesa semua pihak meredakan ketegangan selepas serangan udara di Afganistan mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang
00:10awam, kebanyakan yang merupakan kanak-kanak.
00:13Jurucakap PBB, Stefan Dujarit berkata, misi bantuan PBB di Afganistan mengesahkan 9 lagi individu cedera dalam serangan yang berlaku di
00:21wilayah Kunar dan Helmen.
00:25Menurut beliau, insiden itu menambahkan lagi kebimbangan terhadap keselamatan orang awam yang terus terperangkap dalam keganasan rentas sempadan.
00:34Dujarit berkata sepanjang tahun ini, Undama telah merekodkan lebih 1,100 kematian dan kecederaan orang awam akibat keganasan bersenjata rentas
00:43sempadan di Afganistan.
00:44Dalam perkembangan berasingan, satu peluru motor yang tidak meletup turut dilaporkan mengorbankan tiga kanak-kanak dan mencederakan seorang lagi di
00:53wilayah Nanggaha pada selasa.
00:55Menurut PBB, ancaman bahan letupan yang ditinggalkan selepas konflik masih menjadi risiko serius terhadap penduduk terutama kanak-kanak.
01:03Dujarit berkata, usaha pembersihan periuk api dan bahan letupan kini berdepan cabaran besar akibat kekurangan dana.
01:10Beliau menjelaskan jurang pembiayaan yang ketara menyebabkan beberapa operasi bantuan terpaksa dikurangkan atau digantung.
01:18Menurut PBB, pelan tindak balas kemanusiaan Afganistan bernilai 1.7 bilion dolar Amerika setakat ini hanya menerima kira-kira 30
01:27% pembiayaan bersamaan 537 juta dolar Amerika.
01:32Kekurangan dana itu menjejaskan keupayaan agensi bantuan untuk menyediakan makanan, rawatan kesihatan, pelindungan dan bantuan kecemasan kepada jutaan penduduk yang
01:42memerlukan.
01:47Terima kasih kerana menonton!