Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Pasukan mencari dan menyelamat menemukan lapan lagi mayat dalam tragedi runtuhan salji di Kem Induk Gunung Himlung, Nepal, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 15 orang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Angka korban akibat runtuhan salji di Kem Induk Gunung Himlung, Nepal meningkat kepada 15 orang selepas pasukan menyelamat menemukan lebih
00:09banyak mayat pada Khamis.
00:11Pihak berkuasa tempatan memaklumkan 8 mayat baru ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat yang masih diteruskan di daerah Manang.
00:19Dua mangsa diterbangkan ke hospital daerah di Cami manakala enam lagi dibawa ke kampung Poh.
00:25Menurut penolong ketua pegawai daerah Manang Krishna Prasad Paudil, seorang mangsa masih belum ditemukan walaupun barangan peribadinya telah dijumpai.
00:34Kesemua mangsa terdiri daripada malim gunung dan kaki tangan dapur daripada dua syarikat ekspedisi.
00:40Ketika kejadian, mereka sedang menjalankan persiapan pendakian dan memasang tali keselamatan di Kem Induk yang terletak pada ketinggian 7,126
00:50meter.
00:50Operasi mencari mangsa terakhir di jadual diteruskan hari ini.
00:58Terima kasih kerana menonton!

Recommended