Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Mahkamah Persekutuan menetapkan lima hari bermula 25 Januari depan untuk mendengar petisyen difailkan Petroliam National Bhd (PETRONAS) dan kerajaan negeri Sarawak bagi mencabar undang-undang negeri serta Persekutuan yang mengawal selia hal berkaitan minyak dan gas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 hari bermula 25 Januari depan untuk mendengar petisyen difailkan Petroleum National Berhad Petronas dan Kerajaan Negeri
00:09Sarawak bagi mencabar Undang-Undang Negeri serta Persekutuan yang mengawal selia hal berkaitan minyak dan gas.
00:16Hakim Dato' Rod Zariah Bujang berkata, petisyen-petisyen berkenaan akan didengar mengikut turutan tarikh pemfailan.
00:25Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar petisyen berkenaan untuk memutuskan sama ada isu awal yang dibangkitkan oleh
00:34Kerajaan Negeri Sarawak berhubung kesahian perintah dalam Majlis Perubahan Sempadan Sarawak 1954 OIC yang berkaitan dengan sempadan perairan wilayah Sarawak
00:44perlu didengar terlebih dahulu.
00:45Beliau berkata memandangkan kedua-dua petisyen berkenaan tidak disatukan, panel yang mendengar petisyen berkenaan adalah pihak yang paling wajar untuk
00:53menentukan sama ada isu awal itu perlu didengar terlebih dahulu.
00:57Hakim Rozariah membuat keputusan itu pada Khamis selepas kedua-dua kes dikemukakan dihadapannya bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung saman terbabit.
01:06Beliau turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing bagi petisyen terbabit serta isu-isu awal sebelum 11 Januari
01:15depan.
01:15Manakala hujahan balasan perlu difailkan sebelum 18 Januari serta menetapkan 12 Januari untuk pengurusan kes.
01:23Peguam Kanan Negeri Muhammad Azrul Azlan yang mewakili Kerajaan Negeri Sarawak memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan memfaikan permohonan berhubung isu
01:32awal yang dibangkitkan itu
01:33melalui kaedah 23 Kaedah-Kaedah Mahkamah Pesterketuan 1995 dalam tempoh 14 hari dari tarikh pada Jumaat.
01:41Sementara itu Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara
01:46bagi memohon petisyen berkenaan didengar oleh pena hakim lebih besar selama ada 9 atau 11 hakim.
01:54Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak sebelum ini memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua pihak mahu petisyen masing-masing didengar secara berasingan.
02:02Pada 16 Mac lalu, Mahkamah Pesterketuan membenarkan permohonan syarikat minyak dan gas negara itu
02:07turut memulakan proseding bagi mencabar keupayaan legislatif Dewan Undangan Negeri Don Sarawak
02:14menggubal undang-undang tertentu dan memohon pengisytiharan beberapa undang-undang yang digubal oleh Don itu sebagai tidak sah.
02:21Sementara itu, Kerajaan Negeri Sarawak memfaikan petisyen terhadap Kerajaan Malaysia dan Petronas
02:27memohon Mahkamah Pesterketuan untuk menentukan keabsahan dari segi perlembagaan dan pemakaian berterusan beberapa akta perseketuan di Sarawak.
02:36Kerajaan Negeri Sarawak

Recommended